APA
ITU DIKSI?
Diksi
ialah pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan
idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan, (Kamus Dewan Edisi Keempat).
Diksi
ialah pemilihan kata yang yang merangkumi frasa, fonologi dan juga gaya bahasa.
Pemilihan kata ini adalah dipengaruhi oleh perbendaharaan kata yang dimiliki oleh
seorang untuk kegunaan lisan atau bukan lisan.
Diksi
dapat dikaitkan dengan gaya bahasa. Hal ini demikian kerana, menurut Keraf
(2006), gaya bahasa adalah cara mengungkapkan fikiran melalui bahasa yang
menggambarkan jiwa dan keperibadian penulis atau penutur bahasa. Hal ini
bermaksud pemilihan kata yang sesuai adalah berdasarkan kesesuaian penggunaan
bahasa yang menjadi wahana dalam melahirkan idea dan huraian dalam menjelaskan
sesuatu isi secara terperinci.Gaya bahasa juga menjurus kepada kewujudan
peribahasa, simpulan bahasa, ungkapan, pantun, kiasan, perbandingan dan
lain-lain.
Gaya
bahasa merupakan kemampuan seseorang pengarang dalam menggunakan atau memainkan
ragam bahasa tertentu dalam penulisan
karya. Jelaslah bahawa, diksi dapat dikaitkan dengan gaya bahasa dalam
penulisan sesebuah karya.
JENIS-JENIS GAYA BAHASA
Menurut
Keraf (2006), gaya bahasa dapat dibezakan menjadi dua kumpulan utama iaitu gaya
bahasa retorik dan gaya bahasa kiasan. Fungsi-fungsi gaya bahasa retorik adalah
untuk memberikan penjelasan, memperkuat isi, menghidupkan objek mati dan
menimbulkan gelak tawa. Manakala, gaya bahasa kiasan adalah untuk membandingkan
sesuatu dengan objek atau perkara lain bagi menunjukkan persamaan ciri antara
dua objek atau perkara tersebut.
GAYA BAHASA RETORIK
Rahman
Shaari (1993), gaya bahasa adalah seperti berikut:
1. Anafora
2. Epifora
3. Simplok
4. Responsi
5. Homoioteleuton
6. Woordopname
7. Paralelisme
8. Paradox
9. Asonansi
10. Eufemisme
11. Litotes
12. Hiperbola
GAYA BAHASA KIASAN
Gaya
bahasa kiasan dibentuk berdasarkan perbandingan atau persamaan ciri-ciri.
1. Metafora
2. Alegori
3. Personifikasi
4. Sinekdoke
5. Metominia
6. Ironi
PERANAN
GAYA BAHASA DALAM PENULISAN
-
Memastikan maksud sebenar ayat tersebut
difahami oleh pembaca atau pendengar
-
Membantu dalam proses komunikasi dan penulisan karangan
seseorang.
-
Penyampaian kandungan pemikiran dan
budaya penutur bahasa.
-
Mewujudkan elemen budaya dan
melambangkan entiti budaya
- Menyingkapkan secara tersurat dan
tersirat akan pemikiran melayu yang kreatif dalam meluahkan perasaan,idea,
pandangan, nasihat dan pengajaran.
ANALISIS AYAT
Nik Safiah Karim et al. (1993:414), ayat ialah
unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan
mengandungi makna yang lengkap.
FUNGSI SINTAKSIS DALAM AYAT
Keterangan
bagi fungsi sintaksis ialah istilah subjek, predikat, objek, pelengkap dan
keterangan. Fungsi Sintaksis adalah merujuk kepada fungsi kata atau frasa dalam
ayat.
KETERANGAN BAGI FUNGSI SINTAKSIS
PREDIKAT
Sapir
(1921), predikat sebagai kenyataan yang dibuat tentang orang atau benda. Ahmad
Khair (2008), predikat ialah bahagian ayat yang memberikan keterangan atau
penjelasan atau menyebutkan sesuatu tentang subjek. Ringkasnya, predikat adalah
penerangan bagi subjek.
SUBJEK
Subjek
ialah konstituen dalam ayat yang terdiri daripada frasa nama yang menjadi judul
(fokus) atau unsur yang diterangkan, Tatabahasa Dewan (1993). Ringkasnya,
subjek adalah bahagian yang diterangkan.
OBJEK
Kehadiran
objek dalam struktur ayat ditentukan oleh kata kerja transitif yang mengisi
fungsi predikat. Objek ialah frasa nama yang berada di bahagian belakang
predikat yang berupa kata kerja transitif.
PELENGKAP
Tatabahasa
Dewan (1993:563), pelengkap ialah unsur yang menjadi pencukup pada sesuatu kata
kerja tak transitif. Pelengkap merupakan
bahagian kata kerja yang menjadikan bahagian predikat lengkap.
KETERANGAN
Keterangan
berperanan sebagai untuk meluaskan atau membatasi makna subjek atau predikat. Keterangan
juga, berfungsi sebagai menambah maklumat tentang sesuatu peristiwa atau
kejadian.
ANALISIS SINTAKSIS MERANGKUMI:
JUMLAH KLAUSA
-
AYAT DASAR DAN AYAT TUNGGAL
Ayat dasar dikenali sebagai ayat inti iaitu ayat
yang terbentuk daripada unsur-unsur utama yang wajib, iaitu tidak mempunyai
sebarang keterangan di dalamnya (Arbak Othman, 1985:166)
Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu klausa,
mengandungi satu subjek dan satu predikat. Binaan ayat tunggal mengandungi
unsur wajib (subjek, predikat, objek, dan pelengkap) atau boleh juga
mengandungi unsur pilihan (keterangan, kata nafi, kata pemeri)
Persamaan dan perbezaan ayat dasar dan ayat tunggal
o
Ayat dasar dan ayat tunggal mempunyai
satu klausa sahaja
o
Ayat dasar hanya terdiri daripada ayat
penyata manakala ayat tunggal boleh terdiri daripada mana-mana jenis ayat.
o
Ayat dasar hanya terdiri daripada ragam
ayat aktif sahaja manakala ayat tunggal boleh terdiri daripada ragam ayat aktif
dan ayat pasif.
o
Aya dasar hanya terdiri daripada klausa
lengkap manakala ayat tunggal boleh terdiri daripada klausa tak lengkap
-
AYAT MAJMUK
Ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal
(Nik safiah Karim, 1993:552). Ayat
majmuk ialah ayat yang mengandungi dua klausa atau lebih yang saling
berhubugan.
Beberapa proses dalam menerbitkan ayat majmuk boleh
berlaku seperti peluasan, pengguguran, dan penyusunan semula dan ayat majmuk
boleh mengandungi lebih daripada satu subjek atau satu predikat.
Jenis Ayat Majmuk (Nik Safiah Karim et al.,
1993)
o
Ayat Majmuk Gabungan
Terdiri
daripada dua atau lebih klausa bebas yang dijadikan satu
§ Gabungan
berurutan
§ Gabungan
pertentangan maksud
o
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat
yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat atau beberapa ayat kecil
lain yang dipancangkan atau menjadi sebahagian daripada ayat induk itu (Nik
Safiah Karim et al., 1993:552)
§ Ayat
relatif
§ Ayat
Komplemen
§ Ayat
Keterangan
o
Ayat Majmuk Campuran
Ayat yang
biasanya panjang kerana di dalamnya mengandungi beberapa jenis ayat. Ayat ini
dicampurkkan daripada satu jenis ayat majmuk dengan satu jenis ayat majmuk yang
lain atau beberapa jenis ayat majmuk sekaligus. Campuran berlaku apabila
terdiri daripada tiga klausa yang mungkin campuran antara ayat majmuk setara
dengan ayat majmuk tidak setara.
JENIS
AYAT (BERDASARKAN INTONASI DAN TUJUAN)
-
AYAT PENYATA
o
Ayat yang menyatakan sesuatu. Ayat ini
juga dikatakan sebagai ayat berita atau ayat pernyataan. Ayat ini sering
digunakan untuk mengatakan atau
memberikan maklumat atau berita kepada pendengar atau pembaca. Ayat ini juga
diujarkan tanpa memerlukan sebarang balasan jawapan atau gerak balas.
o
Ayat ini boleh terdiri daripada bentuk
ayat positif, ayat nafi, ayat aktif, ayat pasif, ayat songsang, ayat penegas
dan sebagainya.
-
AYAT TANYA
o
Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk meminta
maklumat atau untuk mendapatkan jawapan. Ayat ini sering ditandai dengan tanda tanya
(?).
o
Ayat ini wujud dengan mengekalkan aya
penyata tetapi dengan memberikan intonasi naik dalam lisan atau tanda soal pada
akhir ayat.
o
Ayat Tanya terbahagi kepada tiga iaitu:
§ Ayat
tanya tertutup
§ Ayat
tanya terbuka
§ Ayat
tanya retorik/tempelan
-
AYAT PERINTAH
o
Ayat perintah digunakan untuk memberikan
perintah, suruhan, ajakan, keinginan, harapan, atau larangan untuk melakukan
sesuatu.
o
Ayat ini juga mampu mempengaruhi dan
memerlukan tindak balas.
o
Ayat perintah boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis iaitu:
§ Ayat
suruhan
§ Ayat
silaan
§ Ayat
ajakan
§ Ayat
larangan
§ Ayat
permintaan
-
AYAT SERUAN
o
Ayat seru digunkan untuk menyatakan
perasaan yang kuat seperti rasa kagum, marah, sakit, atau rasa hairan terhadap
sesuatu. Ayat seruan tidak memerlukan lawan bicara kerana ayat ini tidak
ditujukan kepada sesiapapun.
SUSUNAN
AYAT
-
SUSUNAN BIASA
o
Susunan biasa dalam ayat bahasa Melayu
ialah unsur Subjek mendahului unsur Predikat (S + P)
o
Tidak terdapat penegasan atau penekanan
pada mana-mana unsur atau bahagian ayat.
o
Boleh berlaku dalam ayat tunggal atau
ayat majmuk.
-
SUSUNAN SONGSANG
o
Ayat ini disebut sebagai ayat songsang
atau ayat terbalik.
o
Ayat ini tidak mengikut susunan biasa
iaitu subjek dan diikuti oleh predikat. Sebaliknya susunan ayat ini ialah
predikat-Subjek (P + S).
o
Dalam susunan songsang pendepanan
predikat adalah berlaku. Pendepanan predikat boleh terdiri daripada beberapa
jenis iaitu:
§ Pendepanan
seluruh predikat
§ Pendepanan
sebahagian unsur dalam predikat
§ Pendepanan
ayat tanya
§ Pendepanan
ayat majmuk
§ Pendepanan
terbahagi
RAGAM
AYAT
Ayat
aktif dan ayat pasif hanya berkaitan dengan ayat yang predikatnya terdiri
daripada frasa kerja sahaja.
-
AYAT AKTIF
o
Nik Safiah Karim et al. (1993:462)
menerangkan bahawa ayat aktif sebagai ayat yang mengandungi kata kerja yang
mnegutamakan subjek asal sebgai judul atau unsur yang diterangkan.
o
Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis
iaitu:
§ Ayat
aktif transitif
§ Ayat
aktif tak transitiif
-
AYAT PASIF
o
Arbak Othman (1981:246), menakrifkan bahawa
ayat pasif merupakan ayat yang diterbitkan daripada ayat aktif transitif yang
menggunakan kata kerja berawalan me-
dengan cara menggantikan awalan transitif me-
dengan salah satu daripada awalan atau imbuhan pasif di-, ter-, ber-, ke-…-an atau perkataan kena sebelum kata kerja pasif itu dalam ayat-ayat pasif.
RUJUKAN
Ahmad
Khair Mohd Nor. (2008). Pengantar
sintaksis Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
Suppiah
Nachiappan. (2017). Gaya Bahasa dan
Proses Kognisi. Perak:
Pejabat Karang Mengarang UPSI.
Pejabat Karang Mengarang UPSI.