Keterampilan
membaca akan bermula daripada produk yang terhasil melalui aktiviti menulis
yang melibatkan hubungan komunikasi secara tidak langsung antara pembaca dan
juga penulis. Komunikasi secara tidak langsung ini bermaksud apabila seorang
penulis menyampaikan idea melalui penulisan dan karya nya dalam bentuk buku,
jurnal, akhbar, majalah dan lain-lain untuk dibaca oleh individu tertentu.
Kebiasaannya, pembaca akan membeli produk penulisan berdasarkan corak penulisan
berdasarkan beberapa kriteria tertentu yang akan mempengaruhi pembaca. Para
pembaca berhak menentukan bahan bacaan mengikut cita rasa mereka sendiri.
Pemerengganan
bermaksud usaha untuk menghasilkan komposisi sesebuah penulisan yang mantap
melalui binaan perenggan-perenggan yang sempurna. Perenggan yang sempurna
terhasil apabila struktur atau bahagian-bahagian yang lengkap dalam perenggan
berjaya diwujudkan oleh penulis. Perenggan digunakan oleh penulis untuk
menyampaikan ideanya dengan lebih tersusun dan mewujudkan komunikasi antara
penulis dan pembaca. Bahagian-bahagian yang lengkap ini mempunyai beberapa
aspek penting iaitu:
i.
Ayat topik
ii.
Ayat sokongan
iii.
Ayat huraian lanjutan
iv.
Ayat simpul
Komponen
utama yang diperlukan dalam binaan sesuatu perenggan.
Jenis
Perenggan
|
Komponen
|
Perenggan Permulaan
|
|
Perenggan Pengembangan
|
|
Perenggan Kesimpulan
|
|
Ketiga-tiga
komponen ini mempunyai fungsinya yang tersendiri untuk memastikasn hasil
penulisan tersebut benar-benar mantap dan mampu memberi hubungan menang-menang
antara penulis dan pembaca.