Wednesday, 4 October 2017

PERANAN DIKSI DAN ANALISIS JENIS AYAT


APA ITU DIKSI?

Diksi ialah pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan, (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Diksi ialah pemilihan kata yang yang merangkumi frasa, fonologi dan juga gaya bahasa. Pemilihan kata ini adalah dipengaruhi oleh perbendaharaan kata yang dimiliki oleh seorang untuk kegunaan lisan atau bukan lisan.

Diksi dapat dikaitkan dengan gaya bahasa. Hal ini demikian kerana, menurut Keraf (2006), gaya bahasa adalah cara mengungkapkan fikiran melalui bahasa yang menggambarkan jiwa dan keperibadian penulis atau penutur bahasa. Hal ini bermaksud pemilihan kata yang sesuai adalah berdasarkan kesesuaian penggunaan bahasa yang menjadi wahana dalam melahirkan idea dan huraian dalam menjelaskan sesuatu isi secara terperinci.Gaya bahasa juga menjurus kepada kewujudan peribahasa, simpulan bahasa, ungkapan, pantun, kiasan, perbandingan dan lain-lain.

Gaya bahasa merupakan kemampuan seseorang pengarang dalam menggunakan atau memainkan ragam bahasa  tertentu dalam penulisan karya. Jelaslah bahawa, diksi dapat dikaitkan dengan gaya bahasa dalam penulisan sesebuah karya.


JENIS-JENIS GAYA BAHASA
Menurut Keraf (2006), gaya bahasa dapat dibezakan menjadi dua kumpulan utama iaitu gaya bahasa retorik dan gaya bahasa kiasan. Fungsi-fungsi gaya bahasa retorik adalah untuk memberikan penjelasan, memperkuat isi, menghidupkan objek mati dan menimbulkan gelak tawa. Manakala, gaya bahasa kiasan adalah untuk membandingkan sesuatu dengan objek atau perkara lain bagi menunjukkan persamaan ciri antara dua objek atau perkara tersebut.




GAYA BAHASA RETORIK
Rahman Shaari (1993), gaya bahasa adalah seperti berikut:
1.      Anafora
2.      Epifora
3.      Simplok
4.      Responsi
5.      Homoioteleuton
6.      Woordopname
7.      Paralelisme
8.      Paradox
9.      Asonansi
10.  Eufemisme
11.  Litotes
12.  Hiperbola


GAYA BAHASA KIASAN
Gaya bahasa kiasan dibentuk berdasarkan perbandingan atau persamaan ciri-ciri.
1.      Metafora
2.      Alegori
3.      Personifikasi
4.      Sinekdoke
5.      Metominia
6.      Ironi




PERANAN GAYA BAHASA DALAM PENULISAN
-          Memastikan maksud sebenar ayat tersebut difahami oleh pembaca atau pendengar
-          Membantu  dalam proses komunikasi dan penulisan karangan seseorang.
-          Penyampaian kandungan pemikiran dan budaya penutur bahasa.
-          Mewujudkan elemen budaya dan melambangkan entiti budaya
-     Menyingkapkan secara tersurat dan tersirat akan pemikiran melayu yang kreatif dalam meluahkan perasaan,idea, pandangan, nasihat dan pengajaran.




ANALISIS AYAT
 Nik Safiah Karim et al. (1993:414), ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.



FUNGSI SINTAKSIS DALAM AYAT
Keterangan bagi fungsi sintaksis ialah istilah subjek, predikat, objek, pelengkap dan keterangan. Fungsi Sintaksis adalah merujuk kepada fungsi kata atau frasa dalam ayat.




KETERANGAN BAGI FUNGSI SINTAKSIS

PREDIKAT
Sapir (1921), predikat sebagai kenyataan yang dibuat tentang orang atau benda. Ahmad Khair (2008), predikat ialah bahagian ayat yang memberikan keterangan atau penjelasan atau menyebutkan sesuatu tentang subjek. Ringkasnya, predikat adalah penerangan bagi subjek.

SUBJEK
Subjek ialah konstituen dalam ayat yang terdiri daripada frasa nama yang menjadi judul (fokus) atau unsur yang diterangkan, Tatabahasa Dewan (1993). Ringkasnya, subjek adalah bahagian yang diterangkan.

OBJEK
Kehadiran objek dalam struktur ayat ditentukan oleh kata kerja transitif yang mengisi fungsi predikat. Objek ialah frasa nama yang berada di bahagian belakang predikat yang berupa kata kerja transitif.

PELENGKAP
Tatabahasa Dewan (1993:563), pelengkap ialah unsur yang menjadi pencukup pada sesuatu kata kerja tak transitif. Pelengkap  merupakan bahagian kata kerja yang menjadikan bahagian predikat lengkap.

KETERANGAN
Keterangan berperanan sebagai untuk meluaskan atau membatasi makna subjek atau predikat. Keterangan juga, berfungsi sebagai menambah maklumat tentang sesuatu peristiwa atau kejadian.




ANALISIS SINTAKSIS MERANGKUMI:

JUMLAH KLAUSA

-          AYAT DASAR DAN AYAT TUNGGAL
Ayat dasar dikenali sebagai ayat inti iaitu ayat yang terbentuk daripada unsur-unsur utama yang wajib, iaitu tidak mempunyai sebarang keterangan di dalamnya (Arbak Othman, 1985:166)

Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu klausa, mengandungi satu subjek dan satu predikat. Binaan ayat tunggal mengandungi unsur wajib (subjek, predikat, objek, dan pelengkap) atau boleh juga mengandungi unsur pilihan (keterangan, kata nafi, kata pemeri)

Persamaan dan perbezaan ayat dasar dan ayat tunggal
o   Ayat dasar dan ayat tunggal mempunyai satu klausa sahaja
o   Ayat dasar hanya terdiri daripada ayat penyata manakala ayat tunggal boleh terdiri daripada mana-mana jenis ayat.
o   Ayat dasar hanya terdiri daripada ragam ayat aktif sahaja manakala ayat tunggal boleh terdiri daripada ragam ayat aktif dan ayat pasif.
o   Aya dasar hanya terdiri daripada klausa lengkap manakala ayat tunggal boleh terdiri daripada klausa tak lengkap

-          AYAT MAJMUK
Ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal (Nik safiah Karim, 1993:552). Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua klausa atau lebih yang saling berhubugan.

Beberapa proses dalam menerbitkan ayat majmuk boleh berlaku seperti peluasan, pengguguran, dan penyusunan semula dan ayat majmuk boleh mengandungi lebih daripada satu subjek atau satu predikat.

           Jenis Ayat Majmuk (Nik Safiah Karim et al., 1993)
o   Ayat Majmuk Gabungan
Terdiri daripada dua atau lebih klausa bebas yang dijadikan satu
§  Gabungan berurutan
§  Gabungan pertentangan maksud
o   Ayat Majmuk Pancangan
Ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan atau menjadi sebahagian daripada ayat induk itu (Nik Safiah Karim et al., 1993:552)
§  Ayat relatif
§  Ayat Komplemen
§  Ayat Keterangan
o   Ayat Majmuk Campuran
Ayat yang biasanya panjang kerana di dalamnya mengandungi beberapa jenis ayat. Ayat ini dicampurkkan daripada satu jenis ayat majmuk dengan satu jenis ayat majmuk yang lain atau beberapa jenis ayat majmuk sekaligus. Campuran berlaku apabila terdiri daripada tiga klausa yang mungkin campuran antara ayat majmuk setara dengan ayat majmuk tidak setara.




   JENIS AYAT (BERDASARKAN INTONASI DAN TUJUAN)

-          AYAT PENYATA
o   Ayat yang menyatakan sesuatu. Ayat ini juga dikatakan sebagai ayat berita atau ayat pernyataan. Ayat ini sering digunakan  untuk mengatakan atau memberikan maklumat atau berita kepada pendengar atau pembaca. Ayat ini juga diujarkan tanpa memerlukan sebarang balasan jawapan atau gerak balas.
o   Ayat ini boleh terdiri daripada bentuk ayat positif, ayat nafi, ayat aktif, ayat pasif, ayat songsang, ayat penegas dan sebagainya.

-          AYAT TANYA
o   Ayat Tanya  ialah ayat yang digunakan untuk meminta maklumat atau untuk mendapatkan jawapan. Ayat ini sering ditandai dengan tanda tanya (?).
o   Ayat ini wujud dengan mengekalkan aya penyata tetapi dengan memberikan intonasi naik dalam lisan atau tanda soal pada akhir ayat.
o   Ayat Tanya terbahagi kepada tiga iaitu:
§  Ayat tanya tertutup
§  Ayat tanya terbuka
§  Ayat tanya retorik/tempelan
-          AYAT PERINTAH
o   Ayat perintah digunakan untuk memberikan perintah, suruhan, ajakan, keinginan, harapan, atau larangan untuk melakukan sesuatu.
o   Ayat ini juga mampu mempengaruhi dan memerlukan tindak balas.
o   Ayat perintah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
§  Ayat suruhan
§  Ayat silaan
§  Ayat ajakan
§  Ayat larangan
§  Ayat permintaan
-          AYAT SERUAN
o   Ayat seru digunkan untuk menyatakan perasaan yang kuat seperti rasa kagum, marah, sakit, atau rasa hairan terhadap sesuatu. Ayat seruan tidak memerlukan lawan bicara kerana ayat ini tidak ditujukan kepada sesiapapun.





SUSUNAN AYAT

-          SUSUNAN BIASA
o   Susunan biasa dalam ayat bahasa Melayu ialah unsur Subjek mendahului unsur Predikat (S + P)
o   Tidak terdapat penegasan atau penekanan pada mana-mana unsur atau bahagian ayat.
o   Boleh berlaku dalam ayat tunggal atau ayat majmuk.


-          SUSUNAN SONGSANG
o   Ayat ini disebut sebagai ayat songsang atau ayat terbalik.
o   Ayat ini tidak mengikut susunan biasa iaitu subjek dan diikuti oleh predikat. Sebaliknya susunan ayat ini ialah predikat-Subjek (P + S).
o   Dalam susunan songsang pendepanan predikat adalah berlaku. Pendepanan predikat boleh terdiri daripada beberapa jenis iaitu:
§  Pendepanan seluruh predikat
§  Pendepanan sebahagian unsur dalam predikat
§  Pendepanan ayat tanya
§  Pendepanan ayat majmuk
§  Pendepanan terbahagi




RAGAM AYAT
Ayat aktif dan ayat pasif hanya berkaitan dengan ayat yang predikatnya terdiri daripada frasa kerja sahaja.

-          AYAT AKTIF
o   Nik Safiah Karim et al. (1993:462) menerangkan bahawa ayat aktif sebagai ayat yang mengandungi kata kerja yang mnegutamakan subjek asal sebgai judul atau unsur yang diterangkan.
o   Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis iaitu:
§  Ayat aktif transitif
§  Ayat aktif tak transitiif


-          AYAT PASIF
o   Arbak Othman (1981:246), menakrifkan bahawa ayat pasif merupakan ayat yang diterbitkan daripada ayat aktif transitif yang menggunakan kata kerja berawalan me- dengan cara menggantikan awalan transitif me- dengan salah satu daripada awalan atau imbuhan pasif di-, ter-, ber-, ke-…-an atau perkataan kena sebelum kata kerja pasif itu dalam ayat-ayat pasif.






                    RUJUKAN

Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Pengantar sintaksis Bahasa Melayu. Kuala
      Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Suppiah Nachiappan. (2017). Gaya Bahasa dan Proses Kognisi. Perak:
       Pejabat Karang Mengarang UPSI.



No comments:

Post a Comment

PERANAN DIKSI DAN ANALISIS JENIS AYAT

APA ITU DIKSI? Diksi ialah pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bert...