Tuesday, 26 September 2017

MENGAPA ANDA MENULIS?

Adakah anda pernah terfikir, apakah sebab anda menulis?

Ramai yang tidak mengetahui bahawa menulis merupakan kaedah ataupun cara untuk manusia berkomunikasi selain hanya menggunakan mulut untuk bercakap atau bersuara ataupun menggunakan bahasa tubuh seperti simbol atau pergerakan yang mampu memberikan makna serta menyampaikannya kepada orang lain yang melihat.
  
       Mengapakah anda menulis? kita menulis kerana timbul keinginan untuk mempelajari sesuatu dan menyampaikan sesuatu. Kita mula menulis dengan melakar dan menconteng sejak berusia beberapa tahun. Penulisan ini semakin berkembang mengikut usia dan pengetahuan semasa  yang dipengaruhi oleh persekitaran dan mulai mempunyai makna yang boleh difahami oleh orang lain.

       Kita mula menulis kerana terdapat sesuatu difikiran kita yang telah mempengaruhi . Pemikiran ini adalah berdasarkan emosi atau perasaan dan pengetahuan kita terhadap sesuatu. Menulis terbahagi kepada dua iaitu menulis secara formal iaitu berilmiah mengikut fakta yang tepat dan sahih dan menulis mengikut perasaan seperti menulis diari.

       Seterusnya, kita menulis kerana lahirnya buah pemikiran atau idea yang ingin diluahkan atau disampaikan kepada orang lain dalam bentuk penulisan menggunakan simbol-simbol atau huruf-huruf. Selain itu, kita juga boleh menulis kerana kita telah mengetahui simbol-simbol atau huruf-huruf melalui pengalaman pembelajaran iaitu bermula dengan mengenal huruf, bunyi, suku kata dan mula membentuk perkataan –perkataan yang dicantumkan menjadi ayat.

       Kita menulis juga adalah untuk mengembangkan lagi idea kita dan kita boleh berkongsinya dengan individu lain. Kebiasaannya, kita juga akan menulis untuk memberitahu perkara-perkara penting yang memerlukan kita untuk berkomunikasi secara senyap. 

        Di samping itu, kita juga akan menulis apabila ingin mengingati sesuatu fakta dengan lebih berkesan terutama apabila tiba minggu minggu peperiksaan. Hal ini demikian kerana, menulis mampu merangsang minda kita untuk membantu kita mengingati sesuatu fakta.

Oleh itu, pada pendapat saya, kita menulis kerana lahirnya idea yang dipengaruhi oleh perasaan, persekitaran dan pengalaman yang membentuk pengetahuan untuk kita menulis dan menulis juga adalah cara untuk kita berkomunikasi dan untuk membantu kita mengingati sesuatu perkara.


No comments:

Post a Comment

PERANAN DIKSI DAN ANALISIS JENIS AYAT

APA ITU DIKSI? Diksi ialah pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bert...