Wednesday, 27 September 2017

PEMERENGGANAN YANG BERKESAN



Keterampilan membaca akan bermula daripada produk yang terhasil melalui aktiviti menulis yang melibatkan hubungan komunikasi secara tidak langsung antara pembaca dan juga penulis. Komunikasi secara tidak langsung ini bermaksud apabila seorang penulis menyampaikan idea melalui penulisan dan karya nya dalam bentuk buku, jurnal, akhbar, majalah dan lain-lain untuk dibaca oleh individu tertentu. Kebiasaannya, pembaca akan membeli produk penulisan berdasarkan corak penulisan berdasarkan beberapa kriteria tertentu yang akan mempengaruhi pembaca. Para pembaca berhak menentukan bahan bacaan mengikut cita rasa mereka sendiri. 
Pemerengganan bermaksud usaha untuk menghasilkan komposisi sesebuah penulisan yang mantap melalui binaan perenggan-perenggan yang sempurna. Perenggan yang sempurna terhasil apabila struktur atau bahagian-bahagian yang lengkap dalam perenggan berjaya diwujudkan oleh penulis. Perenggan digunakan oleh penulis untuk menyampaikan ideanya dengan lebih tersusun dan mewujudkan komunikasi antara penulis dan pembaca. Bahagian-bahagian yang lengkap ini mempunyai beberapa aspek penting iaitu:
                                i.            Ayat topik
                              ii.            Ayat sokongan
                            iii.            Ayat huraian lanjutan
                            iv.            Ayat simpul

Komponen utama yang diperlukan dalam binaan sesuatu perenggan.
Jenis Perenggan
Komponen
Perenggan Permulaan                                       
  •  Ayat tesis

Perenggan Pengembangan
  • Ayat Topik
  • Ayat Sokongan
  • Ayat Huraian Lanjutan
  •  Ayat Simpul

Perenggan Kesimpulan
  •            Rumusan



Ketiga-tiga komponen ini mempunyai fungsinya yang tersendiri untuk memastikasn hasil penulisan tersebut benar-benar mantap dan mampu memberi hubungan menang-menang antara penulis dan pembaca.


1 comment:

PERANAN DIKSI DAN ANALISIS JENIS AYAT

APA ITU DIKSI? Diksi ialah pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bert...